Friday, 25 May 2012

year 6 Waste Management


6.05.1

 

Effects of Improper Disposal of Waste on the Environment

  

Kesan Pembuangan Bahan Buangan Terhadap Alam Sekitar

Types And Sources Of Waste

Jenis Bahan Buangan Dan Sumber

  1. Wastes are materials that are no longer needed.
    Bahan buangan adalah bahan yang tidak diperlukan lagi.
  2. Wastes can be solidliquid or gas.
    Bahan buangan terdapat dalam bentuk pepejalcecair, dan gas.
  3. Wastes are discarded into the environment.
    Bahan buangan dibuang ke alam persekitaran.
  4. Millions of tonnes of waste are disposed of every day.
    Setiap hari berjuta-juta tan bahan buangan dibuang.
  5. The types and sources of waste are as follows:
    Jenis-jenis bahan buangan dan sumber-sumbernya adalah seperti berikut.
    1. rubbish such as plastics, leftover food, paper and solids from our homes
      Sampah seperti plastik, sisa makanan, kertas, dan pepejal daripada rumah kita.
    2. Rubbish from the home
      Sampah-sarap daripada rumah
    3. Sewage from our homes and factories
      Kumbahan daripada rumah dan kilang-kilang


      Sewage from the home
      Kumbahan daripada rumah 
    4. toxic materials such as smoke, dust, radioactive materials from factories
      Bahan toksik seperti asap, habuk, bahan radioaktif daripada kilang-kilang


    5. Smoke from factories
      Asap daripada kilang

    6. pesticides and organic fertilizers from agricultural farms
      Racun serangga dan baja organik daripada aktiviti pertanian


      Use of pesticides in agriculture
      Penggunaan racun serangga dalam pertanian
    7. smoke from factories, motor vehicles and open burning
      Asap daripada kilang-kilang, kenderaan bermotor, dan pembakaran terbuka

     
    (a) Smoke from vehicles
          Asap daripada kenderaan bermotor
     (b) Open burning
          Pembakaran terbuka
    Smoke from motor vehicles and open burning
    Asap daripada kenderaan bermotor dan pembakaran terbuka

Improper Ways Of Waste Disposal

Pembuangan Yanf Tidak Terancang

  1. Some materials such as food can decay.
    Sesetengah bahan seperti bahan makanan boleh mereput.
  2. They are biodegradable.
    Bahan-bahan ini adalah terbiodegradasi.
  3. However, some waste materials such as plastics and glass are nonbiodegradable.
    Walau bagaimanapun sesetengah bahan buangan seperti plastik dan kaca adalah tidak terbiodegradasi.
  4. They cannot decay.
    Bahan-bahan ini tidak mereput.
  5. Improper disposal of these wastes can be harmful to the environment.
    Pembuangan bahan buangan ini secara tidak terancang adalah berbahaya kepada alam sekitar.
  6. Some of the improper ways of waste disposal are as follows:
    Antara cara pembuangan bahan buangan secara tidak terancang adalah:
    1. littering (throwing rubbish everywhere)
      Pembuangan sampah (membuang sampah merata-rata)


      Littering
      Pembuangan sampah
    2. open burning of rubbish and agricultural waste
      Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian secara terbuka 

       
      Open burning or rubbish
      Pembakaran sampah secara terbuka
       Open burning or argicultural waste
      Pembakaran bahan buangan pertanian secara terbuka
      Open burning
      Pembakaran terbuka
    3. releasing of waste from the factories directly into the rivers
      Pembuangan bahan buangan daripada kilang-kilang terus kedalam sungai 


      Waste from factories being released directly into the rivers
      Bahan buangan daripada kilang dilepaskan terus ke dalam sungai

    4. releasing of smoke from factories and motor vehicles into the air
      Pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan bermotor ke udara 

      Smoke from factories and motor vehicles is released into the air
      Asap daripada kilang dan kenderaan bermotor dibebaskan ke udara

Harmful Effecrs Of Improper Waste Disposal

Kesan Bahaya Pembuangan Bahan Buangan Secara Tidak Terancang

  1. Improper ways of waste disposal can be harmful to the environment.
    Cara pembuangan bahan buangan secara tidak terancang boleh membahayakan alam sekitar.
  2. It can cause pollution of the environment.
    Cara pembuangan yang tidak terancang boleh menyebabkan pencemaran pada alam sekitar.
  3. Open burning of rubbish and agricultural waste can cause haze.
    Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian boleh menyebabkan jerebu.
  4. Smoke released from factories and motor vehicles can pollute the air.
    Asap dibebaskan daripada kilang dan kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara.
  5. Chemical substances and other toxic materials released from factories and by agricultural activities can pollute the rivers.
    Bahan kimia dan bahan toksik lain yang dibebaskan daripada kilang dan aktiviti pertanian boleh mencemarkan sungai kita.
  6. Improper disposal of waste will make our environment dirty and untidy.
    Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang akan menyebabkan alam sekitar kita kotor dan tidak bersih.
  7. A dirty environment is unhealthy.
    Alam sekitar yang kotor adalah tidak baik untuk kehidupan kita.
  8. Improper waste disposal can cause...
    Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang boleh menyebabkan:
    1. air pollution,
      pencemaran udara,
    2. water pollution,
      pencemaran air,
    3. sickness and diseases,
      penyakit dan jangkitan,
    4. acid rain,
      hujan asid,
    5. flash floods.
      banjir kilat.

Air Pollution

Pencemaran Udara

  1. Air pollution is caused by:
    Pencemaran udara disebabkan oleh:
    1. open burning
      pembakaran terbuka,
    2. forest fires
      kebakaran hutan,
    3. the release of smoke from factories and motor vehicles
      pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan bermotor.


    4. Open burning can cause haze
      Pembakaran terbuka menyebabkan jerebu

  2. Open burning of rubbish gives off a lot of smoke.
    Pembakaran sampah secara terbuka akan membebaskan banyak asap.
  3. Smoke from the open burning of rubbish and forest can cause haze.
    Asap daripada pembakaran sampah dan hutan secara terbuka akan menyebabkan jerebu.
  4. Haze can cause eye irritations and breathing difficulties.
    Jerebu boleh menyebabkan mata pedih dan sukar bernafas.


    Haze pollutes the atmosphere
    Jerebu mencemarkan udara
  5. Smoke and gases released from motor vehicles and factories can be harmful to our health. Asap dan gas yang dibebaskan daripada kenderaaan bermotor dan kilang boleh membahayakan kesihatan kita.


    Smoke and harmful gases produced by factories and motor vehicles
    Asap dan gas beracun dihasilkan oleh kilang-kilang dan kenderaan bermotor
  6. We can fall sick if we breathe in polluted air.
    Kita boleh sakit jika menyedut udara yang tercemar.
  7. The polluted air can cause damage to our lungs and irritate the eyes.
    Udara yang tercemar boleh menyebabkan kerosakan pada peparu dan merengsakan mata.

Water Pollution

Pencemaran Air

  1. The rivers and seas have been used as dumping grounds for all kinds of waste materials.
    Sungai dan laut kita digunakan sebagai tempat pembuangan pelbagai bahan buangan.
  2. We throw rubbish into the drains that lead to the rivers.
    Kita membuang sampah ke dalam longkang yang airnya mengalir ke sungai.


    Throwing rubbish into a drain
    Membuang sampah ke dalam longkang
  3. Factories dispose of their waste materials into rivers.
    Kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai.
  4. These waste materials contain toxic and poisonous substances.
    Bahan buangan ini mengandungi bahan buangan toksik dan beracun.


    Disposal of waste materials into the rivers
    Pembuangan bahan buangan ke dalam sungai
  5. The rivers and seas can become polluted.
    Sungai dan laut kita akan menjadi tercemar.
  6. The poisonous waste material can kill fish.
    Bahan buangan beracun boleh membunuh ikan.
  7. Since we also depend on our rivers and seas for food, our health can be affected if we eat fish from polluted waters.
    Oleh kerana kita bergantung pada sungai dan laut untuk mendapatkan makanan, kesihatan kita akan terjejas jika kita makan ikan daripada air yang tercemar.


  8. Fish will die because of water pollution
    Ikan akan mati akibat pencemaran air
  9. Sometimes oil from ships spills into the seas and oceans.
    Kadang-kadang minyak daripada kapal tumpah ke dalam laut.
  10. The oil not only pollutes the seas and the oceans but pollutes the beaches too.
    Tumpahan minyak itu tidak hanya mencemarkan laut saja tapi juga mencemarkan pantai.
  11. This can destroy the habitat of water organisms.
    Hal ini akan memusnahkan tempat tinggal hidupan air.

  12.  
    Oil from a ship spills into the sea
    Minyak daripada kapal tumpah ke dalam laut
     Oil spills can kill organisms such as his bird
    Tumpahan minyak akan membunuh
    organisma seperti burung ini

Sickness and Diseases

Penyakit dan Jangkitan

  1. The rubbish that we throw away can be harmful to the environment.
    Sampah yang dibuang boleh membahayakan alam sekitar.
  2. By littering, we are also contributing to pollution.
    Pembuangan sampah juga akan menyebabkan pencemaran.
  3. Improper disposal of rubbish makes our environment dirty and unpleasant.
    Pembuangan sampah secara tidak terancang menyebabkan alam sekitar kita kotor dan tidak menyenangkan.
  4. Some rubbish will not decay when buried.
    Sesetengah sampah tidak akan mereput apabila ditanam.
  5. Some rubbish will give off poisonous gases when it decays.
    Sesetengah sampah akan membebaskan gas beracun apabila mereput.
  6. These gases can be harmful to us.
    Gas-gas ini adalah membahayakan kita.
  7. Rubbish dumps are places where rats and flies breed.
    Sampah adalah tempat di mana tikus dan lalat membiak.
  8. These animals can carry germs from the rubbish and spread sickness and diseases to us.
    Haiwan-haiwan ini akan membawa kuman dan menyebarkan penyakit dan jangkitan pada kita.
  9. For examples, bacteria carried by flies can cause typhoid.
    Contohnya, bakteria yang dibawa oleh lalat boleh menyebabkan tifoid.
  10. The flies carry bacteria from infected faeces to food.
    Lalat membawa bakteria daripada najis yang ada jangkitan kepada makanan.

  11. Rats and flies are attracted to rubbish
    Tikus dan lalat tertarik pada sampah
  12. The syptoms of typhoid are headache, fever, loses of appetite and constipation.
    Tanda-tanda typhoid ialah sakit kepala, demam, hilang selera makan, dan sembelit.
  13. Rubbish such as plastic bottles, cans, flower pots and old tyres can collect water.
    Sampah seperti botol plastik, tin, pasu bunga dan tayar lama adalah tempat takungan air.
  14. The Aedes aegypti mosquito breeds in the water collected in these containers found among the rubbish.
    Nyamuk Aedes aegypti membiak dalam air yang bertakung dalam bekas-bekas ini.
  15. The mosquito carries the virus that causes dengue fever.
    Nyamuk Aedes aegypti membawa virus yang menyebabkan penyakit demam denggi.

Acid Rain

Hujan Asid

  1. Factories and motor vehicles release smoke and gases that can cause acid rain.
    Kilang dan kenderaan bermotor membebaskan asap dan gas yang membolehkan hujan asid.
  2. Acid rain can kill plants.
    Hujan asid boleh membunuh tumbuhan.
  3. It can pollute the rivers and kill fish. 
    Hujan asid boleh mencemarkan sungai dan membunuh ikan.
  4.    

        acid rain
    hujan asid
         
         
      
    acid rain can harmaquatic organisms
    hujan asid boleh membahayakan
    organisma air

    Acid rain
    Hujan asid
  5. Acid rain can make iron rust easily.
    Hujan asid boleh menyebabkan besi berkarat dengan mudah.
  6. This can destroy buildings and bridges.
    Hal ini boleh memusnahkan bangunan dan jambatan.
  7. Statue damaged by acid rain
    Patung yang dirosakkan oleh hujan asid

Flash floods

Banjir Kilat

  1. The improper disposal of waste materials into the drains and rivers can block the rivers.
    Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang ke dalam longkang dan sungai boleh menyekat sungai kita.
  2. It prevents the flow of river water.
    Hal ini akan menghalang pengaliran air sungai.
  3. The water cannot flow down the rivers.
    Air tidak dapat mengalir di dalam sungai.


    Blocked drains can cause flash floods
    Longkang yang tersumbat boleh menyebabkan banjir kilat
  4. It causes the water to overflow into the land causing flash floods.
    Akibatnya air melimpahi ke darat dan menyebabkan banjir kilat.
  5. This can cause flash floods during heavy rains.
    Hal ini akan menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat.
  6. Flash flood can destroy homes and property.
    Banjir kilat akan memusnahkan rumah danharta benda.


  7. Flash floods destroy property
    Banjir kilat memusnahkan harta benda

Proper Ways Of Waste Disposal

Pembuangan Sampah Secara Terancang

  1. To prevent water pollution, we must not allow rubbish or waste water to enter the drains, canals and rivers.
    Untuk mengelakkan pencemaran air, kita tidak boleh membenarkan sampah dan bahan buangan air ke dalam longkang, terusan, dan sungai.
  2. Waste water from factories must be treated.
    Bahan buangan air daripada kilang mesti dirawat.
  3. Harmful substances must be removed before the waste water is discharged into the drains.
    Bahan berbahaya mesti disingkirkan sebelum bahan buangan ini dibuang ke dalam longkang.
  4. Waste water must be treated in a sewage treatment plant before it is safe to be discharged into the sea.
    Bahan buangan air mesti dirawat di pusat rawatan kumbahan sebelum selamat untuk dibuang ke dalam laut.
  5. To prevent sickness and diseases we must keep our homes clean.
    Untuk mengelakkan penyakit dan jangkitan kita mesti menjaga kebersihan rumah kita.


  6. A sewage treatment plant
    Pusat rawatan kumbahan


  7. We must keep our environment clean.
    Kita mesti menjaga alam sekitar kita supaya bersih.
  8. We should not litter.
    Kita tidak sepatutnya membuang sampah.
  9. We must put rubbish into proper rubbish bins.
    Kita mesti memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang sesuai.
  10. We should reuse or recycle rubbish or waste substances as much as possible.
    Kita patut mengguna atau mengitar semula sampah atau bahan buangan sebanyak yang mungkin.
  11. All rubbish must be burned in incinerators.
    Semua sampah mesti dibakar dalam insinerator.
  12. To prevent air pollution we should prevent smoke and gases from entering the air.
    Untuk mengelakkan pencemaran udara, kita patut menghalang asap dan gas daripada memasuki udara kita.
  13. We should reduce the number of cars on the roads.
    Kita perlu mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
  14. Factories that give out a lot of smoke should be built far away from houses.
    Kilang yang mengeluarkan asap yang banyak sepatutnya dibina jauh daripada rumah kita.
  15. These factories should be fitted with long chimneys.
    Kilang-kilang ini perlu dipasang dengan serombong asap yang panjang.
  16. These chimneys should be fitted with cleaning devices to remove harmful substances from smoke.
    Serombong ini perlu dipasang dengan alat pembersih untuk menyingkirkan bahan yang berbahaya yang terdapat dalam asap.


  17. Chimneys should be fittedwith cleaning devices toremove harmful substancesfrom the smoke
    Serombong patut dipasangdengan alat pembersih untukmenyingkirkan bahan yangberbahaya daripada asap

Waste Disposal In Our Local Area

Pembuangan Bahan Buangan Di Kawasan Kita

  1. All rubbish in our local area, must be put in proper rubbish bags which are then tied.
    Di kawasan kita, semua sampah mesti diikat dalam beg sampah yang sesuai.
  2. Every morning, these rubbish bags will be collected.
    Setiap pagi, sampah-sampah ini akan dikutip
  3. These rubbish bags will be transported in garbage trucks to waste disposal centres.
    Sampah-sampah ini akan diangkut oleh lori sampah ke pusat pembuangan sampah.
  4. These wastes can either be buried or burned at the waste disposal centres.
    Bahan buangan ini akan ditanam atau dibakar di pusat pembuangan sampah.
  5. In a sanitary landfill, water waste will be buried.
    Di tempat pelupusan sampah, bahan buangan akan ditanam.
  6. In an incinerator, waste will be burned.
    Di dalam insinerator, bahan buangan akan dibakar.

  7.  
    A sanitary landfill
    Tempat pelupusan sampah
     An incinerator plant
    Insinerator
  8. We should improve waste disposal by...
    Kita patut memperbaiki cara pembuangan sampah dengan cara...
    1. draining away all water from the rubbish,
      mengetus semua air daripada sampah,
    2. putting rubbish in proper plastic rubbish bags and tying the bags,
      mengikat sampah dalam beg plastik yang sesuai,
    3. puting rubbish in proper garbage bins,
      memasukkan sampah dalam tong sampah yang sesuai,
    4. Covering garbage bins with tightfitting lids to keep pests away.
      tudung yang ketat untuk menjauhkan serangga perosak.

    Putting rubbish in a proper rubbish bin
    Memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang sesuai

6.05.2

 

Some Waste Can Decay

  

 Sesetengah Bahan Buangan Boleh Mereput

  1. Some waste can decay but others cannot decay.
    Sesetengah bahan buangan boleh mereput manakala sesetengah lagi tidak boleh mereput.
  2. Organic waste such as leftover foodvegetablesmeatpaper and wood can decay.
    Bahan organik seperti sisa makanan, sayur-sayurandagingkertas dan kayu boleh mereput.
  3. These materials can be broken down by decomposers such as bacteria.
    Bahan-bahan ini boleh diuraikan oleh pengurai seperti bakteria.
  4. They will be recycled by nature.
    Bahan-bahan ini akan dikitar semula oleh alam semula jadi.
  5. Wastes that can decay are biodegradable wastes.
    Bahan yang boleh mereput adalah bahan buangan yang terbiodegradasi.

  6.    vegetable
    sayur
     
    meat
    daging
    papers
    kertas
    fish
    ikan
    wood
    kayu

    Biodegradable waste
    Bahan buangan yang terbiodegradasi
  7. However, some wastes just cannot decay.
    Walau bagaimanapun sesetengah bahan tidak boleh mereput.
  8. They cannot be broken down by decomposers.
    Bahan-bahan ini tidak boleh diuraikan oleh pengurai.
  9. They are non-biodegradable.
    Bahan-bahan ini adalah tidak terbiodegradasi.
  10. Examples of non-biodegradable waste are glassplasticscans and metal objectsContoh bahan yang tidak terbiodegradasi ialah kacaplastiktin, dan objek logam.
  11. can
    tin
     glass kacaplastic bottle
    botol plastik


    Bahan buangan yang tidak terbiodegradasi
    Non-biodegradable waste

  12. Disposing of non-biodegradable waste is a problem.
    Membuang bahan yang tidak terbiodegradasi adalah mendatangkan masalah.
  13. Non-biodegradable waste cannot decay when buried.
    Bahan yang tidak terbiodegradasi tidak boleh mereput apabila ditanam.
  14. They may give off poisonous gases when burned.
    Bahan-bahan ini akan membebaskan gas-gas beracun apabila dibakar.

Microorganisma That Cause Waste Decay

Mikroorganisma Yangf Menyebabkan Bahan Buangan Mereput

  1. Some wastes can decay by the action of microorganisms.
    Sesetengah bahan boleh mereput oleh tindakan mikroorganisma.
  2. Some microorganisms feed on dead plants, animals and waste materials.
    Sesetengah mikroorganisma makan tumbuhan dan haiwan yang mati, dan bahan buangan lain.
  3. These microorganisms are called decomposers.
    Mikroorganisma ini disebut pengurai.
  4. They break down dead plants, animals and waste substances into simple substances.
    Pengurai menguraikan tumbuhan dan haiwan yang mati, dan bahan buangan kepada bahan-bahan yang ringkas.
  5. These substances are then returned to the environment.
    Bahan-bahan ini akan dikembalikan kepada alam sekitar.
  6. Some of the microorganisms that cause waste to decay are bacteria and fungi.
    Contoh mikroorganisma pengurai yang menyebabkan bahan buangan mereput ialah bakteria dan kulat.

  7. Bacteria
    Bakteria
     
    kulapuk
    mould
    mushroom
    cendawan
      
     
    fungi
    Kulat
     
    Examples of decomposers
    Contoh pengurai

The Advantages Of Waste Decay

Kebaikan Pereputan Bahan Buangan

  1. Waste decay prevents waste from accumulating or piling up in the environment.
    Pereputan bahan buangan menghalang bahan buangan daripada berkumpul dan menimbun dalam alam sekitar.
  2. Waste decay is the breakdown of waste to simple substances which are returned to the soil as nurients.
    Pereputan bahan buangan ialah penguraian bahan buangan menjadi bahan-bahan ringkas yang akan dikembalikan kepada tanah sebagai nutrien.
  3. Some of these simple substances are mineral salts, carbon dioxide and water.
    Sesetengah bahan-bahan ringkas ini adalah garam mineral, karbon dioksida, dan air.
  4. The mineral salts become part of the soil.
    Garam mineral menjadi sebahagian daripada tanah.
  5. They make the soil fertile and help plants grow strong and healthy.
    Garam mineral menjadikan tanah subur dan menolong tumbuhan tumbuh kuat dan sihat.
  6. Carbon dioxide is important to plants.
    Karbon dioksida adalah penting kepda tumbuhan.
  7. Carbon dioxide is used by plants in photosynthesis to make food.
    Karbon dioksida digunakan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis untuk membuat makanan.

  8. nutrients
    nutrien
    waste that decays return
    to the soil as mineral salts
    bahan buangan yang mereput kembal ke tanah
    sebagai garam mineral
    nutrients
    nutrien

    Nutrients from waste decay make the soil fertile
    Nutrien daripada pereputan bahan buangan menyuburkan tanah

The Disadvantages Of Waste Decay

Keburukan Pereputan Bahan Buangan

  1. Decaying waste gives off poisonous gases that can be harmful to our health.
    Bahan buangan yang mereput membebaskan gas beracun yang boleh membahayakan kesihatan kita.
  2. Decaying waste gives off an unpleasant smell.
    Pereputan bahan buangan akan membebaskan bau yang busuk.

What Will Happen If Waste Does Not Decay?

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Bahan Buangan Tidak Mereput

  1. If waste does not decay, it will accumulate and pile up in the environment.
    Jika bahan buangan tidak mereput, bahan buangan akan berkumpul dan menimbun dalam alam sekitar kita.


  2. Waste will accumulate in the environment
    Bahan buangan akan menimbun dalam alam sekitar


  3. The environment will be littered with waste.
    Alam sekitar kita akan dikotorkan oleh bahan buangan.
  4. The water, air and land will be polluted.
    Air, udara, dan daratan akan tercemar.
  5. This will affect the environment.
    Hal ini akan mempengaruhi alam sekitar.
  6. It will cause...
    Pencemaran akan menyebabkan...
    1. destruction to the habitats of plants and animals,
      kemusnahan pada tempat tinggal kita,
    2. some animal species to become extinct,
      sesetengah spesies haiwan akan pupus,
    3. the natural beauty of the environment to be spoilt,
      kecantikan alam semula jadi akan rosak,
    4. climatic changes.
      perubahan suhu
  7. The accumulation of waste will attract pests such as rats, cockroaches and houseflies.
    Pengumpulan bahan buangan akan menarik serangga perosak seperti tikus, lipas, dan lalat.
  8. These can carry germs which can cause diseases to humans.
    Haiwan ini menyebarkan kuman yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia.

No comments:

Post a Comment